Hari terakhir di Melbourne. Flight pukul 1.20am keesokkan paginya. Aku plan untuk sewa kereta supaya tak mati kutu bila kena check out hotel pukul 11 pagi. So, memang aku dah plan awal untuk ke Great Ocean Road ni. Mula-mula aku nak sewa kereta sehari jek, tapi since ada rakan yang mencadangkan untuk ke Philip Island semalam, so, aku tukar plan dan ke Philip Island pada hari sabtu. Perancangan asal, nak ke Sanctuary hari sabtu sebab budak-budak free hari sabtu dan ahad dan cuti sekolah (cuti sekolah di Victoria lah, bukan di Malaysia).
Pukul 8.30 am bertolak keluar dari Hotel. Ini dah kira lambat sebab aku plan untuk bergerak pukul 7 pagi. Tapi, biasa le, budak2 dan mak budak lambat sebab letih semalam, kot.
Aku dah agak confident drive kat sini, sebab tak de sapa pun bawak 160km. Semua ikut speed limit 100km di Highway.
Dari Melbourne, ke Geelong, terus ke Anglesea (skip Torquay). Di Anglesea, pergi ke Information Centre untuk mencari maklumat dan peta. Berhenti sebentar di pintu gerbang Great Ocean Road untuk membaca sejarah (dah lupa dah, pergi le google sendiri) dan mengambil gambar.
Kemudian terus ke Airey Inlet untuk melihat rumah api (tak masuk pun, bergambar dari jauh jek). Lepas tu, lalu Lorne. Kat area ni kitorang banyak berhenti untuk mengambil gambar sebab lautnya cantik. Lepas tu, ingatkan nak berhenti kat Kennett River untuk melihat Koala in the wild, tapi somehow, tak jumpa dan terus terlajak ke Apollo Bay. (GPS suruh masuk jalan tak berturap, tapi kitorang takut le jugak).
Tapi, hajat nak melihat Koala berjaya ditunaikan juga di Jalan menuju Cape Otway. Sebenarnya ada rumah api di Cape Otway ni, tapi malas nak masuk (sebab kena bayar dan sebab dah 3 pm, nak cepat).
Lepas ni, dah masuk kawasan hutan. Kitorang berehat sambil lunch kat satu area hutan ni (aku rasa macam kawasan di jalan lama di antara KL ke Kuantan jek).
Dalam pukul 5 petang, sampai le ke kawasan 12 apostle. Mula-mula berhenti dulu di kawasan yang boleh turun ke Pantai (tak ingat nama daaa). About 2-3 km after that, baru jumpa pusat 12 Apostles ni. Kitorang turun ke pantai dulu melalui tangga. Turun ok le, tapi, bila naik lenguh oo...ada couple ni tengah training turun naik tangga, ala-ala those yang pergi ke Batu Cave utk practice ke Kinabalu le gamaknya.
Sampai ke pusat 12 Apostles ni, parking kereta dan berjalan melalui boardwalk ke tepi pantai. Ada beberapa batu di sebelah barat dan beberapa di sebelah timur. Yang belah barat, agak susah nak ambik gambar sebab cahaya matahari terang (5.30 petang). So, sapa2 yang nak ambik gambar yang belah barat, sila datang waktu pagi (atau tengah hari). Sapa2 berminat nak naik helicopter selama 10 minit untuk melihat 12 apostles dari udara, boleh berbuat demikian dengan harga AUD90. Tapi, kalau sapa join tour dari Melbourne, ada yang offer AUD70, kot. Kena recce sendiri lah yek.
Aku target nak bergerak dari Lord Campbell ke Melbourne Airport by pukul 6 petang. Sebab tu, terpaksa skip london bridge dan arc apa tah yang menuju ke arah barat lagi. Aku kena isi minyak kat Lord Campbell sebab minyak dah tinggal sikit. Cuak sekejap sebab aku tak jumpa stesen minyak. Nasib baik ada GPS. Rupa-rupanya ada 2 stesen minyak. Aku pergi yang dekat dengan Information Centre. Harganya AUD1.58 per litre, mahal gila sebab on the way tadi, aku nampak minyak shell baru AUD1.35 per litre (mungkin sebab F1 kot, hari ni F1 di Melbourne yek). Tapi, isi yelah. Aku congak-congak AUD20 boleh sampai Melbourne Airport bersama baki minyak yang ada.
Aku balik melalui Colag (sejam dari Lord Campbell) melalui kawasan ladang-ladang lembu. Speed limit, to my surprise, is 100km/hr, walaupun jalan kecik (macam jalan di kampung-kampung di Pekan Pahang). Aku pun tekan le 100km/hr walaupun cuak, tapi sebab Camry ni ada 9 airbags, rasa selamat le sikit.
Sampai di Colag, berehat dalam 45 minit. Lap-lap badan dan tukar baju di kawasan 'nap area'. Pukul 7.45 pm, bergerak kembali ke Melbourne Airport. GPS cuba menyuruh aku masuk jalan-jalan kecil yang gelap, tapi aku stick to to the hardcopy map untuk masuk semula ke highway. Agak bahaya juga kalau percaya pada GPS ni, so, make sure kita kena faham jalan yang akan dilalui berdasarkan map kertas.
Pukul 9 malam, sampai di satu rest area about 20km to the airport. Rehat sekejap sambil pekena fish fillet di Mc Donald. Ingat nak mandi di bilik shower yang disediakan, tapi malas le pulak sebab dah lap-lap badan di Colag tadi.
Sebelum pulang kereta, kena isi minyak full balik. So, aku isi saja di sini sebab 20km won't make any different to the fuel gage :). Sebelum sampai rest area ni, minyak dah merah dah. So, guestimate masa di Lord Campbell tadi betul le. So, full tank is AUD75. Total fuel consumption aku untuk 2 hari dan 1000km ialah AUD95. (edit: aku baru calculate 6.5 liter per 100km, not bad eh this camry. Mungkin sebab bawa 100km/hr je kot).
So, sewa kereta + minyak around AUD390 lah. Aku rasa ok le juga sebab kalau nak ke Philip Island dan Ocean Great Road menggunakan tour ialah lebih kurang AUD100 dan AUD120 (bergantung kepada travel agency) untuk adult. Untuk kanak-kanak, the price is about 80% of adult (bergantung kepada travel agency jugak). Off course, what we missed is the celoteh tour guide but what we got is flexibility :).
Sampai di Airport, pulangkan kereta, orang Hertz tengok sikit-sikit dan kata OK. So, kitorang pun pergi le ke departure hall dalam pukul 10.30 pm. Ramai gak orang tengah queue untuk check in.
So, begitu le cerita di Melbourne. Lepas ni, aku bagi info sikit ongkos yang habis untuk rujukan teman2.....
(za, tolong upload gambar day 2 to day 6)
No comments:
Post a Comment