Sunday, April 1, 2012

Melbourne - Day 3 (15 March 2012)

Hari ni kitorang pergi Healesville Sanctuary. Naik train ke Lilyvalle dari flinder street station dan dari Lilydale station naik bas Mckenzie ke Healesville Sanctuary (no 685/686).Sampai di sana pukul 10.20pagi, beli tiket Aud48 (family) dan tambah aud10 seorang untuk magic moment dengan kangaroo. Magic moment ada untuk beberapa haiwan seperti koala, reptilia, etc.

Tapi, dah ke Australia mesti le nak rapat dengan kangaroo. Kangaroo dia kecik je, boleh pegang, bagi makan rumput dan jagung/carrot. Hanya kangaroo girl sahaja dibenarkan sebab yang boy dikatakan garang.
Lepas magic moment dengan kangaroo, pergi tengok koala pula. Seperti biasa, koala tido 20 jam sehari, bukan kerana pemalas, tapi kerana daun yang dimakan lambat dihadap dan koala perlu presrve it energy. Koala hanya mate 1.5minit setahun, itu kata penjaganya. Pukul 1pm, makanan koala ditukar dengan daun daun baru dan koala yang bernama benny (3 tahun) terjaga. Dia melompat dari satu dahan ke dahan lain untuk makan pucuk daun.


Lepas koala kitorang berjalan untuk tengok plytipus (tak nampak sangat sebab diorang letak dlm akurium yg gelap. Pastu, nak tengok tasmanian devil, dalam gelap jugak.Banyak lagi binatang, tengok peta le. Tapi, kitorang tak tengok betul2 yang binatang yg boleh dilihat kat zoo malaysia (seperti emu, burung dan reptiles). Akhir sekali, pukul 2.30pm, kitorang tengok bird show - ada helang dan parrot. A bit different than KL bird park, but not better, just different style of presentation. I reckon, the 2 presenters must be mass comm students sebab diorang banyak cakap. Ha ha.Habis Bird show, kitorang tunggu bas balik ke Lilydale pukul 3.40 pm. Sampai hotel balik pukul 6 petang. Kaki dah lenguh dan ingin berehat je petang ni.


No comments:

Post a Comment