14 April 2012
Aku transit di Istanbul Airport semalam dalam perjalanan ke Zagreb. Tiba pukul 6 pagi. Keluar je dari kapal terbang dah nampak suasana agak chaos sebab hampir semua penumpang nak transit. Terdapat 3 kategori penumpang yang nak transit:
1. Yang nak ke London - perlu diperiksa dokumen di Kaunter berdekatan dengan pintu keluar daripada kapal terbang
2. Yang dah ada boarding pass - nak kena lalui X-ray machine sebelum dibenarkan ke tingkat atas (departure hall).
3. Yang belum ada boarding pass macam aku. Nak kena beratus di kaunter Transit untuk dapatkan boarding pass dan kemudian join line kat X-ray machine.
Yang menyebabkan chaos ialah tidak terdapat instruction bertulis yang memudahkan ketiga-tiga kategori penumpang transit ini. Tambahan pula, Turkish Airline personnel yang manned the transit counter agak lembab dan asyik bersembang. Aku mengambil masa hampir 45 minit sebelum dapat naik ke departure hall.Dekat Airport ini,
- Ada surau (dipanggil masjid, kena turun lift berdekatan food court)
- Tandas ada bidet
- Money changer mengenakan komisen 4%. Di board yang dipaparkan, exchange rate buy and sell looked very good. Aku tukar USD75 dapat Lira128. (Sepatutnya dapat Lira135, tapi yang Lira7 tu ialah komisennya). On the hindsight, mari kira jika kita keluarkan wang dari ATM menggunakan kad bank yang mempunyai logo Visa (seperti Maybank):
USD75 => RM231.90 = Lira 135 - RM12 fee (Lira7). So, dapat Lira128 gak.
So, jika kita keluarkan lebih dari Lira 128, adalah lebih berbaloi menggunakan ATM machine kerana fee RM12 yang dikenakan adalah sama sahaja.
No comments:
Post a Comment