Kami berempat menaiki penerbangan Air Asia dari LCCT, bertolak pada pukul 10.25 malam dan tiba di Melbourne pada 9.25 pagi. Waktu di Melbourne lebih awal 3 jam daripada di Malaysia (masa daylight saving Sep to March kot).
Sampai-sampai, pergi toilet dulu. Lepas keluar, tengok line menunggu imigresen menjadi satu line yang panjang. Dekat sejam juga menunggu lepas imigresen. Masa ini kena bagi declaration form yang tanya sama ada anda membawa makanan atau barang terlarang.
Then, pergi ambik bag dan line up lagi untuk pemeriksaan quarantine. So, jika membawa makanan, kena le masukkan ke kawasan quarantine ni. Kami membawa 1kg beras, makanan dalam tin, maggi dan high energy snek (i.e. nature valley). Aku dah periksa kat website (google: Australia quarantine), semua makanan ni OK for personnal consumption. Beras subjected to physical inspection untuk memastikan tiada bubuk. Kami diminta line up dan beg diletakkan di lantai. Kemudian, mereka menggunakan anjing untuk mengesan barang-barang terlarang. Anjing tak sentuh pun beg kitorang. Selamat semuanya.
Keluar ke balai ketibaan, kitorang ke terminal skybus (hala ke kiri Terminal). Harganya ialah AUD65 for family type II (2 adult + up to 4 kids) untuk return journey ke Melbourne. Dalam masa 30 minit, kamis sampai di Southern Station. Lalu, kami beritahu pada kaunter skybus transfer untuk ke Miami Hotel. Dalam masa 10 minit, pemandu pun panggil untuk naik bas mini untuk membawa penumpang ke hotel-hotel. Rupa-rupanya tak jauh Miami Hotel dari Southern Terminal, 5 minit jek dah sampai (later, we know than we can walk about 15 minutes from Hotel to this station). Pemandu bas beritahu untuk pick up nanti supaya call diorang atau minta hotel buat tempahan. Namun begitu, untuk hari sabtu dan ahad, hotel transfer bermula pada 7.30 pagi hingga 5 petang sahaja.
Kami tiba di hotel pada jam 12 tengah hari. Tapi, check-in pukul 2 petang. So, lepas letak beg dalam luggage room, kami berjalan-jalan ke sekitar hotel untuk mencari metcard. Kami ke 7-11. It turn out, metcard hanya dijual di station keretapi atau dalam tram (tapi kena pakai syiling). Nak tak nak, kena beli myki money (kena belicard aud6 dan top up for usage- not good for tourist because the card and the remaining balance wont be returned).
Pastu, gi cari makan. Beli subway jek. Mahal gak aud 10.50 for 1' tuna sanwich and coke.
Pukul 2 kitorang check in. Ok gak bilik family dia. Ada 2 rooms with 1 queen dan 2 singles bed. Yang hampehnya, internet mahal gila (sejam aud7.50). Tapi, since nak kena buat research sebab aku tak betul-betul firm up itinery lagi, aku beli 4 jam (AUD19.95), boleh log in dan log out.
Lepas mandi dan berehat, pukul 4 naik tram 57 ke flinder street. Pastu naik city tram (free with commentary). Cuaca amat panas (30 Celcius) dan kering. Danish dan dania telah tertido sepanjang-panjang pusing town. Kitorang beli 2 botol mineral for aud4 at 7-11.
Pastu masuk tourist information at federation square. Ada org kata wifi free di sini, tapi tak jumpa (kemudian, baru kami tahu, wifi di luar Tourist information).
Lepas tu, seperti biasa dania merengek nak balik hotel. Tapi berjaya pujuk untuk tengok penguin kat St kilda. Aku mula2 confuse gak ngn system tram kat sini, tapi sekarang rasa ok jek.
Sampai st kilda, ambik gambar kat tepi pantai sementara menunggu waktu maghrib. Danish dan dania seronok nak main pasir dan air. Lepas tu, kitorang. Berjalan ke Pier utk melihat penguin yg telah menyorok di celah-celah batu.
Pukul 8.15 baru keluar dari pier dan setelah tertinggal tram no 16 dari st kilda dan terpaksa tunggu 20 minit utk train seterusnya, akhirnya kitorang sampai le hotel pukul 9.30 malam. Sebelum tu, sempat singgah beli roti, telur dan smoked salmon untuk breakfast esok.
Berdasarkan pemerhatian aku, harga barangan adalah 'double' daripada harga di US, walaupun exchange rate lebih kurang sama (AUD lebih mahal sikit). Tapi, mungkin tengok tempat di mana beli kot.
Sementara tunggu Imigresen nin jauh di sana.
Tiket Skybus
Hotel kami (AUD887 for 5 nights).
Main room ada Queen Bed
Second room ada 2 katil single
Tertido dalam City Circle Free Tram :)At Flinder Street Station
At St Kilda Beach
At St Kilda
Penguin di St Kilda Pier
No comments:
Post a Comment