Friday, December 30, 2011

Jalan-jalan di Roma (3)

15 Mac 2011

Hari ni kitorang target nak melawat Vatican je sebab pada pukul 6 petang, kami perlu menaiki train dari Roma Termini ke Pisa (Euro34 for 2 person - Mini fare). Selepas pack bag, kitorang pun naik metro ke stesen Ottaviono San Pietro. Jenuh juga berjalan dari stesen metro baru sampai ke Piazza San Pietro. Cuaca sangat baik (baca: panas) hari ini.

Selepas ambil gambar di Piazza San Pietro, kitorang pun masuk le ke dalam Basilica - ada pemeriksaan dan pakaian pun kena modest (takleh seksi).
Selepas turun metro
Di piazza San Pietro


Takleh seksi
Tengah beratur. Panas, kena buka jaket.
Di dalam Basilica


Tempat pengampunan kot

Dengan pengawal Vatican
Lepas tu, kitorang pun berjalan ke Vatican Museum - jauh gak rasanya sebab kena memusing on the other side of Piazza.Selepas berehat sebentar, kitorang pergi HRC Rome, beli baju dan jalan-jalan dan masuk ke dalam satu museum (covered by Roma Pass).


My other half dah bagi hint nak kasut baru sebab walking shoes yang dibeli di Malaysia dah makan kaki dia (sebab tak gigit kot). So, kitorang gi beli kasut (dapat le kasut Kappa Euro70 kot) dan pergi makan kat area semalam.

Lepas tu, kitorang decide nak tengok Colosseo for the last time. Tapi, masa dalam metro, terjadilah kisah ini. AKU KENA COPEK, tapi malas le nak cerita. Lain kali aku buat entry macam mana nak mengelakkan kena copek.

Jalan-jalan di Roma (2) - pada waktu malam

14 Mac 2011 (petang)
Dah penat berjalan di Colosseo, kitorang naik metro dari Stesen "Colosseo", berhenti di Termini untuk print out night train ticket dari Venice ke Paris (tiket telah dibeli melalui internet 2 bulan sebelumnya pada harga Euro90 untuk 2 orang di dalam cabin berempat). Tiket tersebut boleh dicetak melalui automatic machine di dalam stesen keretapi dengan memasukkan card credit yang sama dan kod tempahan (PNR number).
Selepas tiket telah dicetak, kitorang pergi makan di kawasan berdekatan dengan Termini. Ada banyak kedai halal - kebab dan biriyani le, takkan nasi lemak lak.
Selepas kenyang perut, kitorang balik dan rest selama 2 jam. Stesen Republica adalah 5 min berjalan ke tempat tido kami.
Lebih kurang pukul 6, kitorang pergi ke Spanish Step (station metro: Spagna).
Ambik gambar dan kena pau dengan mamat bangla untuk beli bunga ros dengan harga Euro1. Taktik dia, bagi salam. Cakap "ambil le, free je, for your wife". Then, bila dah ambil, mula le dia minta duit. Nasib baik Euro1 jek, consider murah le.
Lihat le bunga ros di tangan - di tangga sepanyol hasil kerja Francesco de Sanctis pada abad ke 18. Di atas sana ialah Gereja Trinitá dei Monti. Spanish step ini paling baik dilawati pada musim bunga di mana ada banyak bunga-bunga sedang mekar.
Pemandangan dari atas
Di hadapan spanish step. Fountain ini direka oleh bapa Bernini pada akhir abad ke-16 dan dikatakan mempunyai air yang manis (tak rasa le pulak).
Di Piazza Navona. Di katakan runtuhan Stadium of Domitian berada di bawah piazza ini. Di tengah-tengah piazza terdapat Fountain of 4 rivers. Bas di kawasan ini menggunakan tenaga elektrik (eleh..kat Putrajaya pun pakai bas elektrik).
Dan, last destination, nak tengok Colloseo pada waktu malam. Sangat cantik disebabkan oleh effect lampunya. Colosseum ini dibina di dalam masa 8 tahun (AD80-AD72) dan boleh menampung 80,000 orang penonton.