Jalan-jalan di Roma (2) - pada waktu malam
14 Mac 2011 (petang)
Dah penat berjalan di Colosseo, kitorang naik metro dari Stesen "Colosseo", berhenti di Termini untuk print out night train ticket dari Venice ke Paris (tiket telah dibeli melalui internet 2 bulan sebelumnya pada harga Euro90 untuk 2 orang di dalam cabin berempat). Tiket tersebut boleh dicetak melalui automatic machine di dalam stesen keretapi dengan memasukkan card credit yang sama dan kod tempahan (PNR number).
Selepas tiket telah dicetak, kitorang pergi makan di kawasan berdekatan dengan Termini. Ada banyak kedai halal - kebab dan biriyani le, takkan nasi lemak lak.
Selepas kenyang perut, kitorang balik dan rest selama 2 jam. Stesen Republica adalah 5 min berjalan ke tempat tido kami.
Lebih kurang pukul 6, kitorang pergi ke Spanish Step (station metro: Spagna).
Ambik gambar dan kena pau dengan mamat bangla untuk beli bunga ros dengan harga Euro1. Taktik dia, bagi salam. Cakap "ambil le, free je, for your wife". Then, bila dah ambil, mula le dia minta duit. Nasib baik Euro1 jek, consider murah le.
No comments:
Post a Comment