15 Mac 2011
Hari ni kitorang target nak melawat Vatican je sebab pada pukul 6 petang, kami perlu menaiki train dari Roma Termini ke Pisa (Euro34 for 2 person - Mini fare). Selepas pack bag, kitorang pun naik metro ke stesen Ottaviono San Pietro. Jenuh juga berjalan dari stesen metro baru sampai ke Piazza San Pietro. Cuaca sangat baik (baca: panas) hari ini.
Selepas ambil gambar di Piazza San Pietro, kitorang pun masuk le ke dalam Basilica - ada pemeriksaan dan pakaian pun kena modest (takleh seksi).
Lepas tu, kitorang pun berjalan ke Vatican Museum - jauh gak rasanya sebab kena memusing on the other side of Piazza.Selepas berehat sebentar, kitorang pergi HRC Rome, beli baju dan jalan-jalan dan masuk ke dalam satu museum (covered by Roma Pass).
My other half dah bagi hint nak kasut baru sebab walking shoes yang dibeli di Malaysia dah makan kaki dia (sebab tak gigit kot). So, kitorang gi beli kasut (dapat le kasut Kappa Euro70 kot) dan pergi makan kat area semalam.
Lepas tu, kitorang decide nak tengok Colosseo for the last time. Tapi, masa dalam metro, terjadilah kisah ini. AKU KENA COPEK, tapi malas le nak cerita. Lain kali aku buat entry macam mana nak mengelakkan kena copek.
No comments:
Post a Comment