Wednesday, January 2, 2013

Saturday, December 15, 2012

Pusat Penetasan Penyu, Segari

16 Disember 2013

Selepas checked out Damai Laut, bergegas ke sini. Agak sukar jugak nak cari, tapi sebenarnya sebelum simpang masuk ke Segari Power Station, kena lalu ladang kelapa sawit dan tempat melihat hilal (anak bulan).

Korea - some facts

8-12 Disember 2012
Kami telah diberi kesempatan oleh Ilahi untuk menghirup udara dingin (beku) di Korea. Kami pergi melalui travel agen SEDUNIA dan di sana dibawa oleh HOPE. Travel guide diorang (used to be) Malaysian (org negri) married to Korean and has a daughter.

Some facts from my wife:
1. Korea sgt bangga dgn produk mereka. Perkataan Made in Korea akan di pamerkan besar2..
2. Awek Korea wajib tahu buat Kimchi..
3. Muka awek Korea mcm sepesyen je semua
4. Balak Korea mmg encem.
5. K pop baru jek glemer..tu sbb tourist..
6. Takde awek and balak Korea pakai warna warni mcm kat Msia..tu makcik2 je pakai mcm tu..katanya.
7. Lagu Gangnam style sgt ssh nk kedengaran kat sana.
8. Mcm negara Asia lain..zebra crossing x beri apa2 makna kpd pejalan kaki.
9. Roti Korea takleh mkn ...mmg sah ada lemak tut!
10. Kereta Sonata hny layak jd taxi.
11. Susah gila nk tgk keto jenama lain melainkan Kia, Hyundai and SangYong.

Some facts from me:
1. Celcom boleh roaming disana tanpa masalah walaupun diorang menggunakan network CDMA. Aku cuak juga masa buat research kena sewa phone, tapi bila call celcom, diorang cakap, boleh roaming. Kalau connect to SK atau Olleh, boleh guna data at flat rate RM38 (aku tak guna pun, tapi cari wifi free je).
2. Duit korea ialah WON. 1000won about RM2.8. Tapi, untuk memudahkan, aku convert USD (1000won-1usd), kemudian kali 3.
3. Dekat hotel/apartment/rumah, diorang punya heater terletak dalam lantai. So, lantai akan panas dan haba panas akan naik ke atas (basic form 4 physic). Daripada segi budaya, orang korea tido menggunakan ondo (Tetami / tilam nipis) yang disimpan di dalam almari dan hanya dibentangkan keyika nak tido (macam kat kampung dulu-dulu). So, heated floor akan memanaskan ondo dan tido akan lebih selesa:).
4. Kimchi ialah budu bagi orang Korea. Mesti ada bagi setiap meal - breakfast, lunch mahupun dinner. Terdapat 200 jenis kimchi. Yang terkenal ialah kobis, tapi ada juga yang dibuat daripada chili, sotong, etc. Harga bagi 1kg kimchi kobis atau 250g kimchi sotong ialah 10,000won. Harga ni kitorang beli kat Kimchi school termasuk bungkusan polysterene dan penghantaran ke Airport. Aku rasa boleh dapat lagi murah kalau beli kat supermarket. Menurut kata orang kat Kimchi School, diorang akan bungkus kimci yang baru dibuat pada waktu pagi sebelum kami bertolak. Otherwise, bungkusan tu akan mengelembung kerana kimchi tu fermented dan mengeluarkan gas-gas. Kimchi elok dimakan selepas 7hari diperam. Selepas tu, kimchi perlu dimasukkan ke dalam bekas dan didinginkan (dlm peti ais le). Menurut sejarah, kimchi dibuat selepas musim tuaian (tak kisah le kobis ke, sotong ke) dan dibuat kimchi bagi bekalan makanan musim sejuk. Kiranya, macam ikan kering le jugak :)
5. Halal restaurant is hard to find in Korea. In seoul, there are a lot of Halal food around Seoul Mosque at Itaewon. We tried 2 restaurants on 3 occasions. Both are Indian cuisine. For buffet, expect to pay 16,000won per pax. Kebab can be found about 6,000 won. Another halal restaurant is Saffron Restaurant at Myeong Dong, below Ibis hotel and near to Lotte World. It is middle eastern cuisine. If you ignore conversion rate, expect to pay like when you eat at Secret Recipi (about 40,000 won for 2 pax without drink). Not forgetting, at ski resort (Yong Pyong), there is a Halal turkish kebab stall. We did not try, but our fellow travellers did try it.
7. Like most eating place outside Malaysia, plain water is free and customer is not expected to order any beverage.

Cukup le kot. Nanti sambung balik.

Swiss Garden Damai Laut

14-16 Disember 2012

My wife dapat call untuk preview swiss garden vacation club kat KL a few weeks ago. Tapi dia minta untuk ke Damai Laut. So, dapatlah bercuti anak beranak selama 3hari2malam. Tapi, kena dengar preview dulu kat swiss garden apartment, about 500m from the hotel.

Kami bertolak dari Ipoh pukul 11pagi, sampai ke manjung pukul 12.45pm. Tinggalkan my wife kat Jusco Manjung yang baru dibuka untuk solat jumaat kat Masjid depan Billion.

Lepas jumaat, makan-makan kat Jusco. Lepas tu, check in about 4 pm. Dari jusco ke Damai Laut lebih kurang 20km (20minit). Jalan masuk dah lebih baik daripada dulu (tahun 2009-first time masuk ke sini).

Bebudak amat suka sebab ada pool. Dah 4 kali diorang masuk pool (jumaat petang, sabtu pagi dan petang dan ahad pagi).

Masa preview semalam diorang bawa pusing golf club (RM75 for members, otherwise RM150), private jetty (RM40 perhead to Pangkor), apartment (studio, 1 room and 2 room) and villa (2 room). Villa juga ada adjoining door untuk menjadikan 4 bilik.

Lepas check out, nak pergi tengok penyu jap, walaupun dikatakan tidak terjaga di sini: http://megahasz.blogspot.com/2011/07/pusat-pengurusan-penyu-pasir-panjang.html


Saturday, April 14, 2012

Kembara Zagreb (1)

14 March 2012
Aku tiba di Zagreb Airport lewat sejam kerana delay di Istanbul Airport. Airport ini nampak seperti Airport Bandung kerana ia agak kecil untuk sebuah ibu negara. Mungkin kerana Croatia hanya mempunyai 4 juta penduduk dan Zagreb sendiri dihuni oleh 1 juta penduduk.
Perlu turun dan naik bas untuk ke Terminal
Sampai di Hotel, terus check in dan call Malaysia untuk lapor diri menggunakan yahoo messenger yang boleh call ke nombor telefon (2 tahun lepas, aku top up USD10, masih ada lagi USD3). Lepas rehat-rehat jap, around 3 pm, aku berjalan dari Hotel Westin ke Trg Bana Jelacica (main square) sambil melalui museum yang telah tutup (Mimara museum), taman-taman dengan bunga tulip yang pelbagai warna dan cafe-cafe yang dipenuhi manusia di hujung minggu.
Aku sengaja tidak menggunakan Tram hari ni untuk dapatkan feel bandar tua ini. Harga tram/bus sehari ialah Kuna25 atau HRK8 per 1.5hour journey.
Bunga-bunga tulip banyak di tanam di sini. Nobody give a second look.
Well of life
Main Square
Aku dan simbol main square ini
Tourist Bus (Kuna10)
Tourist Information Centre at Main Square
Kemudian aku ke Cathedral of the Assumption yang merupakan mercu tanda bandar Zagreb. Lepas tu, aku ke Dolac Market yang baru ditutup (3pm on Saturday). Aku akan datang semula esok untuk melihat Dolac Market ini.
Cathedral of Assumption (1 menara sedang dibaiki)
Pintu masuk
Kat sinilah Dolac Market (tapi tutup). Di belakang tu St Catherina's Church.
Banyak Kebab - tapi takde tanda halal. Hampeh.com

Kemudian aku berjalan ke arah Glavni Kolodvor (train station) melalui taman-taman yang dipenuhi dengan shooting gambar perkahwinan beberapa pasangan, kanak-kanak bermain, dan anjing yang bermain tangkap bola dengan tuannya.
Zrinjevac - ada pokok besar berkulit putih di taman ini
Ada hop on hop off juga
Tomislavov Trg (Trg = square). View facing away from Train station.
Sampai di stesen keretapi, suasananya seperti stesen keretapi Ipoh yang tidak sibuk. Selepas itu, aku berjalan ke Importan Centre, sebuah pusat membeli belah di bawah stesen keretapi.
Train station
Locker room at Zagreb Train Station (15 Kuna - agak murah untuk standard Europe)

Selepas mengalas perut di McDonalds dan membuat panggilan Viber ke tanah air, aku pergi ke Botanical Garden. Terdapat pelbagai jenis pokok di sini. Taman ini merupakan sebahagian daripada Faculty of Science, University of Zagreb.
Pintu Masuk Utama Botanical Garden
Tulip
Maple tree

5 minit berjalan dari Botanical Garden, sampailah semula aku ke hotel setelah berjalan selama 3 jam (mungkin 2-3 km kot jaraknya).
Waktu perniagaanTram map (dulu tram free utk 2 stops dari Main Square - tidak lagi!)
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Istanbul Airport

14 April 2012
Aku transit di Istanbul Airport semalam dalam perjalanan ke Zagreb. Tiba pukul 6 pagi. Keluar je dari kapal terbang dah nampak suasana agak chaos sebab hampir semua penumpang nak transit. Terdapat 3 kategori penumpang yang nak transit:
1. Yang nak ke London - perlu diperiksa dokumen di Kaunter berdekatan dengan pintu keluar daripada kapal terbang
2. Yang dah ada boarding pass - nak kena lalui X-ray machine sebelum dibenarkan ke tingkat atas (departure hall).
3. Yang belum ada boarding pass macam aku. Nak kena beratus di kaunter Transit untuk dapatkan boarding pass dan kemudian join line kat X-ray machine.
Tengah beratur di Transit Counter
Yang menyebabkan chaos ialah tidak terdapat instruction bertulis yang memudahkan ketiga-tiga kategori penumpang transit ini. Tambahan pula, Turkish Airline personnel yang manned the transit counter agak lembab dan asyik bersembang. Aku mengambil masa hampir 45 minit sebelum dapat naik ke departure hall.
Turkish Ice Cream
Dekat Airport ini,
- Ada surau (dipanggil masjid, kena turun lift berdekatan food court)
- Tandas ada bidet
- Money changer mengenakan komisen 4%. Di board yang dipaparkan, exchange rate buy and sell looked very good. Aku tukar USD75 dapat Lira128. (Sepatutnya dapat Lira135, tapi yang Lira7 tu ialah komisennya). On the hindsight, mari kira jika kita keluarkan wang dari ATM menggunakan kad bank yang mempunyai logo Visa (seperti Maybank):
USD75 => RM231.90 = Lira 135 - RM12 fee (Lira7). So, dapat Lira128 gak.

So, jika kita keluarkan lebih dari Lira 128, adalah lebih berbaloi menggunakan ATM machine kerana fee RM12 yang dikenakan adalah sama sahaja.
Turkish delicacy - boleh rasa

Free Newspaper - aku tengok orang ambik, aku pun ambik lee...

Nampak kapal terbang MAS tu....itu le kapal yang aku naik tadi :)

upgrade using enrich points

Aku ada 56,000 points dalam enrich yang ada sebahagiannya akan expire hujung tahun ni. Untuk mengelakkan pembaziran, aku call MAS dan upgrade ke Business Class dalam penerbangan aku dari KL ke Istanbul semalam. MAS kenakan 35,000 enrich point dan tambahan bayaran tax sebanyak RM70. Mula-mula aku ingat nak beli kupon Golden Lounge jek for 18,000 points, tapi, baik upgrade dengan flight sekali.

Sunday, April 1, 2012

Melbourne | March 2012 | Analisa kos

Untuk rujukan teman-teman yang nak berjalan-jalan sekeluarga dan nak buat bajet, berikut ialah kos analisa bagi trip ini:
Flight: RM4044 untuk 4 orang dengan 2X15kg (pergi) dan 2X20kg (balik), meal dan breakfast untuk semua orang
Visa: RM265.56 (AUD20/person)
Hotel: RM2969 (termasuk caj tambahan internet dan cancellation fee untuk 1night.com.au)
Food: RM370 (kitorang tak banyak makan luar. 2 kali jek. Lain-lain ialah groceries)
Attraction: RM586 (Philip Island dan Healesville Sanctuary, yang lain-lain free.)
Souvenir: RM1216 (termasuk le shirt, key chain, levis, etc)
Transport: RM2050 (termasuk le tram/train/bus dengan myki card, limo di Malaysia pergi dan balik, sewa kereta, minyak kereta, citilink (toll boothless) dan skybus)

Total = RM11,500.

Aku gunakan cash dan credit card AMEX dan Master Card. Between the two credit cards, MC gave cheaper forex, probably at par or cheaper than cash exchange. Moral of the story, gunalah Master Card dan kurangkan tukar cash di money changer sebab most of the shop boleh terima credit card (except kat pasar QVM).


Melbourne - Day 6 (18 March 2012)


Hari terakhir di Melbourne. Flight pukul 1.20am keesokkan paginya. Aku plan untuk sewa kereta supaya tak mati kutu bila kena check out hotel pukul 11 pagi. So, memang aku dah plan awal untuk ke Great Ocean Road ni. Mula-mula aku nak sewa kereta sehari jek, tapi since ada rakan yang mencadangkan untuk ke Philip Island semalam, so, aku tukar plan dan ke Philip Island pada hari sabtu. Perancangan asal, nak ke Sanctuary hari sabtu sebab budak-budak free hari sabtu dan ahad dan cuti sekolah (cuti sekolah di Victoria lah, bukan di Malaysia).

Pukul 8.30 am bertolak keluar dari Hotel. Ini dah kira lambat sebab aku plan untuk bergerak pukul 7 pagi. Tapi, biasa le, budak2 dan mak budak lambat sebab letih semalam, kot.

Aku dah agak confident drive kat sini, sebab tak de sapa pun bawak 160km. Semua ikut speed limit 100km di Highway.

Dari Melbourne, ke Geelong, terus ke Anglesea (skip Torquay). Di Anglesea, pergi ke Information Centre untuk mencari maklumat dan peta. Berhenti sebentar di pintu gerbang Great Ocean Road untuk membaca sejarah (dah lupa dah, pergi le google sendiri) dan mengambil gambar.

Kemudian terus ke Airey Inlet untuk melihat rumah api (tak masuk pun, bergambar dari jauh jek). Lepas tu, lalu Lorne. Kat area ni kitorang banyak berhenti untuk mengambil gambar sebab lautnya cantik. Lepas tu, ingatkan nak berhenti kat Kennett River untuk melihat Koala in the wild, tapi somehow, tak jumpa dan terus terlajak ke Apollo Bay. (GPS suruh masuk jalan tak berturap, tapi kitorang takut le jugak).



Tapi, hajat nak melihat Koala berjaya ditunaikan juga di Jalan menuju Cape Otway. Sebenarnya ada rumah api di Cape Otway ni, tapi malas nak masuk (sebab kena bayar dan sebab dah 3 pm, nak cepat).

Lepas ni, dah masuk kawasan hutan. Kitorang berehat sambil lunch kat satu area hutan ni (aku rasa macam kawasan di jalan lama di antara KL ke Kuantan jek).

Dalam pukul 5 petang, sampai le ke kawasan 12 apostle. Mula-mula berhenti dulu di kawasan yang boleh turun ke Pantai (tak ingat nama daaa). About 2-3 km after that, baru jumpa pusat 12 Apostles ni. Kitorang turun ke pantai dulu melalui tangga. Turun ok le, tapi, bila naik lenguh oo...ada couple ni tengah training turun naik tangga, ala-ala those yang pergi ke Batu Cave utk practice ke Kinabalu le gamaknya.

Sampai ke pusat 12 Apostles ni, parking kereta dan berjalan melalui boardwalk ke tepi pantai. Ada beberapa batu di sebelah barat dan beberapa di sebelah timur. Yang belah barat, agak susah nak ambik gambar sebab cahaya matahari terang (5.30 petang). So, sapa2 yang nak ambik gambar yang belah barat, sila datang waktu pagi (atau tengah hari). Sapa2 berminat nak naik helicopter selama 10 minit untuk melihat 12 apostles dari udara, boleh berbuat demikian dengan harga AUD90. Tapi, kalau sapa join tour dari Melbourne, ada yang offer AUD70, kot. Kena recce sendiri lah yek.

Aku target nak bergerak dari Lord Campbell ke Melbourne Airport by pukul 6 petang. Sebab tu, terpaksa skip london bridge dan arc apa tah yang menuju ke arah barat lagi. Aku kena isi minyak kat Lord Campbell sebab minyak dah tinggal sikit. Cuak sekejap sebab aku tak jumpa stesen minyak. Nasib baik ada GPS. Rupa-rupanya ada 2 stesen minyak. Aku pergi yang dekat dengan Information Centre. Harganya AUD1.58 per litre, mahal gila sebab on the way tadi, aku nampak minyak shell baru AUD1.35 per litre (mungkin sebab F1 kot, hari ni F1 di Melbourne yek). Tapi, isi yelah. Aku congak-congak AUD20 boleh sampai Melbourne Airport bersama baki minyak yang ada.

Aku balik melalui Colag (sejam dari Lord Campbell) melalui kawasan ladang-ladang lembu. Speed limit, to my surprise, is 100km/hr, walaupun jalan kecik (macam jalan di kampung-kampung di Pekan Pahang). Aku pun tekan le 100km/hr walaupun cuak, tapi sebab Camry ni ada 9 airbags, rasa selamat le sikit.

Sampai di Colag, berehat dalam 45 minit. Lap-lap badan dan tukar baju di kawasan 'nap area'. Pukul 7.45 pm, bergerak kembali ke Melbourne Airport. GPS cuba menyuruh aku masuk jalan-jalan kecil yang gelap, tapi aku stick to to the hardcopy map untuk masuk semula ke highway. Agak bahaya juga kalau percaya pada GPS ni, so, make sure kita kena faham jalan yang akan dilalui berdasarkan map kertas.

Pukul 9 malam, sampai di satu rest area about 20km to the airport. Rehat sekejap sambil pekena fish fillet di Mc Donald. Ingat nak mandi di bilik shower yang disediakan, tapi malas le pulak sebab dah lap-lap badan di Colag tadi.

Sebelum pulang kereta, kena isi minyak full balik. So, aku isi saja di sini sebab 20km won't make any different to the fuel gage :). Sebelum sampai rest area ni, minyak dah merah dah. So, guestimate masa di Lord Campbell tadi betul le. So, full tank is AUD75. Total fuel consumption aku untuk 2 hari dan 1000km ialah AUD95. (edit: aku baru calculate 6.5 liter per 100km, not bad eh this camry. Mungkin sebab bawa 100km/hr je kot).

So, sewa kereta + minyak around AUD390 lah. Aku rasa ok le juga sebab kalau nak ke Philip Island dan Ocean Great Road menggunakan tour ialah lebih kurang AUD100 dan AUD120 (bergantung kepada travel agency) untuk adult. Untuk kanak-kanak, the price is about 80% of adult (bergantung kepada travel agency jugak). Off course, what we missed is the celoteh tour guide but what we got is flexibility :).

Sampai di Airport, pulangkan kereta, orang Hertz tengok sikit-sikit dan kata OK. So, kitorang pun pergi le ke departure hall dalam pukul 10.30 pm. Ramai gak orang tengah queue untuk check in.

So, begitu le cerita di Melbourne. Lepas ni, aku bagi info sikit ongkos yang habis untuk rujukan teman2.....

(za, tolong upload gambar day 2 to day 6)

Melbourne - Day 5 (17 March 2012)

Hari sabtu, kami akan menyewa kereta selama 2 hari dari Hertz di Melbourne Airport. Harga AUD290. Harga sehari AUD50, tapi lepas tambah GPS AUD15/day, tambah bolster seat AUD15/day (7 years old ke bawah), insurance AUD30/day(kalau accident tak yah bayar apa2. Kalau yg standard punya, in case accident, dia deduct credit card AUD3300 dulu, tak kisah sapa bersalah). Tambah lagi fee-fee yang lain, jadi le sehari AUD145. Tapi, ok le, dapat Camry baru (baru 330km di odometer masa dapat, masa pulang jadi 1300km).

Pergi ke airport menggunakam skybus airport transfer yang paling awal sekali (7.30am for sat and sun) untuk ambik kereta sewa (dah booked dan checked in thru internet). Dari airport, drive 170km southeast to philip island. Yang lawaknye, termasuk town, kena tahan dgn polis untuk random check. Kena sembur nafas untuk alcohol test dan police officer tanya berapa umur anak lelaki. Aku cakap 9 tahun dan dia cakap "He looks small hah". Danish ni a bit less than 25 kg. Aku ada baca, kid yang kurang 7 tahun atau kurang 25 kg kena duduk dalam bolster seat (macam Dania).
Bila sampai di Philip Island, kitorang pergi ke information centre untuk mencari info dan map. Kitorang dah beli 3 park pass (peguin parade, koala sanctuary & churchill island heritage farming) melalui internet. Mula-mula pergi ke koala sanctuary. Nothing much. Lihat koala dari boardwalk. Still agak jauh. Tapi, dapat info berkaitan koala dari pusat tu. Selepas tu ke heritage farm. Menarik sebab menunjukkan cara2 farming tradisional seperti aktiviti perah susu lembu, demo blacksmith buat ladam kuda, demo cukur bulu biri2, whip cracking (yg koboi pakai untuk gembala lembu tu) dan baling boomerang. Kat sini baru le tahu cara yang betul untuk membaling boomerang yang danish beli di qvm.
Lepas tu, kitorang pergi ke Chocolate Factory. Ada chocolate museum, tapi tak masuk pun. Lepas tu, kitorang ke Nobbies Centre. Kalau kena cuaca dan musim, boleh tengok seal dan whale kat sini. Ada walking board tepi laut untuk melihat kawasan laut. Rupa-rupanya, kat sini pun ada penguin lepak. Rumah-rumah penguin dibuat daripada kayu (bukan penguin buat le), mula-mula, kitorang ingat rumah apa le ni..



Lebih kurang 6.30 pm, baru bertolak ke Penguin Parade. Lalu, kawasan kangaroo bermain-main in the wild. Masuk ke Penguin Parade, ada kawasan macam auditorium mengadap laut. Kat sini le, penguin naik pada pukul 8.03 pm, bila matahari dah tenggelam. Penguin di sini merupakan penguin yang paling kecil di dunia. Tapi, kat sini takleh ambik gambar. Kononnya, takut penguin buta. Tapi, kitorang dah ambik gambar penguin kat St Kilda dan Nobbies Centre tadi, ok je. Aku rasa, diorang tak bagi ambik gambar bertujuan komersil.
Lepas tengok 2-3 batch penguin mendarat, dalam pukul 8.45pm, kitorang pun berjalan ke arah pintu masuk sambil mengikut beberapa batch penguin kembali ke sarang mereka, berjalan terkedek-kedek. Sayang sekali tak dapat ambil gambar atau video.
Jumpa juga beberapa Malaysian yang sedang melancong dan berborak kejap sambil membeli beberapa cenderahati di Penguin Centre tu.
Pukul 9.30pm, kitorang bergerak balik dan sampai ke hotel pukul 11.30 pm. Drive sambil mengantuk....esok kena bangun awal untuk check out dan drive ke Ocean Great Road.