Sunday, April 1, 2012

Melbourne - Day 5 (17 March 2012)

Hari sabtu, kami akan menyewa kereta selama 2 hari dari Hertz di Melbourne Airport. Harga AUD290. Harga sehari AUD50, tapi lepas tambah GPS AUD15/day, tambah bolster seat AUD15/day (7 years old ke bawah), insurance AUD30/day(kalau accident tak yah bayar apa2. Kalau yg standard punya, in case accident, dia deduct credit card AUD3300 dulu, tak kisah sapa bersalah). Tambah lagi fee-fee yang lain, jadi le sehari AUD145. Tapi, ok le, dapat Camry baru (baru 330km di odometer masa dapat, masa pulang jadi 1300km).

Pergi ke airport menggunakam skybus airport transfer yang paling awal sekali (7.30am for sat and sun) untuk ambik kereta sewa (dah booked dan checked in thru internet). Dari airport, drive 170km southeast to philip island. Yang lawaknye, termasuk town, kena tahan dgn polis untuk random check. Kena sembur nafas untuk alcohol test dan police officer tanya berapa umur anak lelaki. Aku cakap 9 tahun dan dia cakap "He looks small hah". Danish ni a bit less than 25 kg. Aku ada baca, kid yang kurang 7 tahun atau kurang 25 kg kena duduk dalam bolster seat (macam Dania).
Bila sampai di Philip Island, kitorang pergi ke information centre untuk mencari info dan map. Kitorang dah beli 3 park pass (peguin parade, koala sanctuary & churchill island heritage farming) melalui internet. Mula-mula pergi ke koala sanctuary. Nothing much. Lihat koala dari boardwalk. Still agak jauh. Tapi, dapat info berkaitan koala dari pusat tu. Selepas tu ke heritage farm. Menarik sebab menunjukkan cara2 farming tradisional seperti aktiviti perah susu lembu, demo blacksmith buat ladam kuda, demo cukur bulu biri2, whip cracking (yg koboi pakai untuk gembala lembu tu) dan baling boomerang. Kat sini baru le tahu cara yang betul untuk membaling boomerang yang danish beli di qvm.
Lepas tu, kitorang pergi ke Chocolate Factory. Ada chocolate museum, tapi tak masuk pun. Lepas tu, kitorang ke Nobbies Centre. Kalau kena cuaca dan musim, boleh tengok seal dan whale kat sini. Ada walking board tepi laut untuk melihat kawasan laut. Rupa-rupanya, kat sini pun ada penguin lepak. Rumah-rumah penguin dibuat daripada kayu (bukan penguin buat le), mula-mula, kitorang ingat rumah apa le ni..



Lebih kurang 6.30 pm, baru bertolak ke Penguin Parade. Lalu, kawasan kangaroo bermain-main in the wild. Masuk ke Penguin Parade, ada kawasan macam auditorium mengadap laut. Kat sini le, penguin naik pada pukul 8.03 pm, bila matahari dah tenggelam. Penguin di sini merupakan penguin yang paling kecil di dunia. Tapi, kat sini takleh ambik gambar. Kononnya, takut penguin buta. Tapi, kitorang dah ambik gambar penguin kat St Kilda dan Nobbies Centre tadi, ok je. Aku rasa, diorang tak bagi ambik gambar bertujuan komersil.
Lepas tengok 2-3 batch penguin mendarat, dalam pukul 8.45pm, kitorang pun berjalan ke arah pintu masuk sambil mengikut beberapa batch penguin kembali ke sarang mereka, berjalan terkedek-kedek. Sayang sekali tak dapat ambil gambar atau video.
Jumpa juga beberapa Malaysian yang sedang melancong dan berborak kejap sambil membeli beberapa cenderahati di Penguin Centre tu.
Pukul 9.30pm, kitorang bergerak balik dan sampai ke hotel pukul 11.30 pm. Drive sambil mengantuk....esok kena bangun awal untuk check out dan drive ke Ocean Great Road.

No comments:

Post a Comment