Sunday, April 1, 2012

Melbourne - Day 3 (15 March 2012)

Hari ni kitorang pergi Healesville Sanctuary. Naik train ke Lilyvalle dari flinder street station dan dari Lilydale station naik bas Mckenzie ke Healesville Sanctuary (no 685/686).Sampai di sana pukul 10.20pagi, beli tiket Aud48 (family) dan tambah aud10 seorang untuk magic moment dengan kangaroo. Magic moment ada untuk beberapa haiwan seperti koala, reptilia, etc.

Tapi, dah ke Australia mesti le nak rapat dengan kangaroo. Kangaroo dia kecik je, boleh pegang, bagi makan rumput dan jagung/carrot. Hanya kangaroo girl sahaja dibenarkan sebab yang boy dikatakan garang.
Lepas magic moment dengan kangaroo, pergi tengok koala pula. Seperti biasa, koala tido 20 jam sehari, bukan kerana pemalas, tapi kerana daun yang dimakan lambat dihadap dan koala perlu presrve it energy. Koala hanya mate 1.5minit setahun, itu kata penjaganya. Pukul 1pm, makanan koala ditukar dengan daun daun baru dan koala yang bernama benny (3 tahun) terjaga. Dia melompat dari satu dahan ke dahan lain untuk makan pucuk daun.


Lepas koala kitorang berjalan untuk tengok plytipus (tak nampak sangat sebab diorang letak dlm akurium yg gelap. Pastu, nak tengok tasmanian devil, dalam gelap jugak.Banyak lagi binatang, tengok peta le. Tapi, kitorang tak tengok betul2 yang binatang yg boleh dilihat kat zoo malaysia (seperti emu, burung dan reptiles). Akhir sekali, pukul 2.30pm, kitorang tengok bird show - ada helang dan parrot. A bit different than KL bird park, but not better, just different style of presentation. I reckon, the 2 presenters must be mass comm students sebab diorang banyak cakap. Ha ha.Habis Bird show, kitorang tunggu bas balik ke Lilydale pukul 3.40 pm. Sampai hotel balik pukul 6 petang. Kaki dah lenguh dan ingin berehat je petang ni.


Melbourne - Day 2 (14 March 2012)


Lepas breakfast roti dan telur, kitorang gi Kid corner di sebelah federation square. Sesuai untuk pre-school kid and below. Lepas tu, kitorang masuk a few galleries kat tingkat 2 & 3. Pukul 12.30pm, kitorang berjalan ke botanic garden. Tujuannya nak ke Ian Porter Kids Garden. Agak ok le, tengok pokok-pokok yang pelbagai. Tapi sebab lenguh berjalan kat tan track (tempat joging), melepek je le. Lepas tu, kitrang naik tourist bus, free jek dari tepi shrine of remembrance ke queen victoria market. Lalu le tepi Melbourne Cricket Ground (MG) & Melbourne University. . Lepas turun bus, jumpa le pulak orang malaysia. Masa tengah hari tadi, jumpa gak orang malaysia lain tengah tunggu bus depan NGV.


Lepas berehat di hotel, pukul 6 pm kitorang berjalan ke arah sothern cross station utk ke South Dwarf DFO (Direct Factory Outlet). Tutup daa sebab dah pukul 6.30pm (tutup pukul 6pm). Lepas tu, kitorang pergi Spencer Street Mall, tutup jugak. Nampaknya semua kedai tutup 6pm daaa. Hari jumaat je buka sampai 9pm. Dah boring dah, kitorang balik hotel untuk berehat :) Hari ni tido awal sikit.

Melbourne - Day 1 (13 March 2012)

DAY 1, Tuesday, 13 March 2012, Melbourne

Kami berempat menaiki penerbangan Air Asia dari LCCT, bertolak pada pukul 10.25 malam dan tiba di Melbourne pada 9.25 pagi. Waktu di Melbourne lebih awal 3 jam daripada di Malaysia (masa daylight saving Sep to March kot).

Sampai-sampai, pergi toilet dulu. Lepas keluar, tengok line menunggu imigresen menjadi satu line yang panjang. Dekat sejam juga menunggu lepas imigresen. Masa ini kena bagi declaration form yang tanya sama ada anda membawa makanan atau barang terlarang.

Then, pergi ambik bag dan line up lagi untuk pemeriksaan quarantine. So, jika membawa makanan, kena le masukkan ke kawasan quarantine ni. Kami membawa 1kg beras, makanan dalam tin, maggi dan high energy snek (i.e. nature valley). Aku dah periksa kat website (google: Australia quarantine), semua makanan ni OK for personnal consumption. Beras subjected to physical inspection untuk memastikan tiada bubuk. Kami diminta line up dan beg diletakkan di lantai. Kemudian, mereka menggunakan anjing untuk mengesan barang-barang terlarang. Anjing tak sentuh pun beg kitorang. Selamat semuanya.

Keluar ke balai ketibaan, kitorang ke terminal skybus (hala ke kiri Terminal). Harganya ialah AUD65 for family type II (2 adult + up to 4 kids) untuk return journey ke Melbourne. Dalam masa 30 minit, kamis sampai di Southern Station. Lalu, kami beritahu pada kaunter skybus transfer untuk ke Miami Hotel. Dalam masa 10 minit, pemandu pun panggil untuk naik bas mini untuk membawa penumpang ke hotel-hotel. Rupa-rupanya tak jauh Miami Hotel dari Southern Terminal, 5 minit jek dah sampai (later, we know than we can walk about 15 minutes from Hotel to this station). Pemandu bas beritahu untuk pick up nanti supaya call diorang atau minta hotel buat tempahan. Namun begitu, untuk hari sabtu dan ahad, hotel transfer bermula pada 7.30 pagi hingga 5 petang sahaja.
Kami tiba di hotel pada jam 12 tengah hari. Tapi, check-in pukul 2 petang. So, lepas letak beg dalam luggage room, kami berjalan-jalan ke sekitar hotel untuk mencari metcard. Kami ke 7-11. It turn out, metcard hanya dijual di station keretapi atau dalam tram (tapi kena pakai syiling). Nak tak nak, kena beli myki money (kena belicard aud6 dan top up for usage- not good for tourist because the card and the remaining balance wont be returned).
Pastu, gi cari makan. Beli subway jek. Mahal gak aud 10.50 for 1' tuna sanwich and coke.
Pukul 2 kitorang check in. Ok gak bilik family dia. Ada 2 rooms with 1 queen dan 2 singles bed. Yang hampehnya, internet mahal gila (sejam aud7.50). Tapi, since nak kena buat research sebab aku tak betul-betul firm up itinery lagi, aku beli 4 jam (AUD19.95), boleh log in dan log out.
Lepas mandi dan berehat, pukul 4 naik tram 57 ke flinder street. Pastu naik city tram (free with commentary). Cuaca amat panas (30 Celcius) dan kering. Danish dan dania telah tertido sepanjang-panjang pusing town. Kitorang beli 2 botol mineral for aud4 at 7-11.
Pastu masuk tourist information at federation square. Ada org kata wifi free di sini, tapi tak jumpa (kemudian, baru kami tahu, wifi di luar Tourist information).
Lepas tu, seperti biasa dania merengek nak balik hotel. Tapi berjaya pujuk untuk tengok penguin kat St kilda. Aku mula2 confuse gak ngn system tram kat sini, tapi sekarang rasa ok jek.
Sampai st kilda, ambik gambar kat tepi pantai sementara menunggu waktu maghrib. Danish dan dania seronok nak main pasir dan air. Lepas tu, kitorang. Berjalan ke Pier utk melihat penguin yg telah menyorok di celah-celah batu.
Pukul 8.15 baru keluar dari pier dan setelah tertinggal tram no 16 dari st kilda dan terpaksa tunggu 20 minit utk train seterusnya, akhirnya kitorang sampai le hotel pukul 9.30 malam. Sebelum tu, sempat singgah beli roti, telur dan smoked salmon untuk breakfast esok.
Berdasarkan pemerhatian aku, harga barangan adalah 'double' daripada harga di US, walaupun exchange rate lebih kurang sama (AUD lebih mahal sikit). Tapi, mungkin tengok tempat di mana beli kot.
Sementara tunggu Imigresen nin jauh di sana.
Tiket Skybus
Di Southern Cross Station, sementara tunggu bas mini di belakang tu hantar ke Hotel (Free je)
Hotel kami (AUD887 for 5 nights).
Main room ada Queen Bed
Second room ada 2 katil single
Tertido dalam City Circle Free Tram :)
At Flinder Street Station
At St Kilda Beach
At St Kilda
Penguin di St Kilda Pier

Sunday, March 25, 2012

..Album : Victoria, Australia..

Percutian ke Melbourne, Australia dan sekaligus menjelajah tanah Victoria pada 13 - 18hb March adalah sangat menyeronokkan. Enjoy our journey via album..Klick on picture ya..




Monday, March 12, 2012

Persediaan cuti-cuti Melbourne march 12

Berikut merupakan step by step apa yg kitorang buat dalam masa sebulan sebelum berlepas:
1. Buy flight ticket - tiket promo
2. Check and renew passport sebab akan luput bulan 7 nanti.
3. Prepare visa www.imi.gov.au
4. Google where to visit and prepare draft itenirary. Familiarize with train stations.
5. Book hotel. Check rating, comment and prices with agent website (booking.com, kayak.com, etc) or book direct with hotel. Compare with is cheaper, any booking fee and cancellation policy. Finally, we booked direct with hotel (hotel miami- family room).
6. Check how to access hotel from airport, any groceries store around.
7. Download map of town, attraction, public transport. But, these map can be obtained at hotel or tourist office.
Download podcast of walking tour.
8. Check forex and change cash. Add bookmark of forex trend.
9. Check whether can bring food and plan what to bring. Google quarantine australia.
10. Check whether it is cheaper to buy tickets online for bus, train, attraction ie zoo. For Melbourne, the price is similar.
11. Check whether to follow excursion for out of town attraction or DIY by car rental. It is cheaper to DIY Iif we have more than 2 persons. To know where to visit, research exact location by google map, scrutinizing travel agent webpages for locations, or dowload Iphone apps.
12. Book car rental if DIY. check through agent and direct. Google for coupon and promotion. Managed to get 10% off.
13. Check wheather and what to wear.
Plan luggage.
14. Finalize itenirary but be dynamic. Change according to wheather and stamina of your group.

Friday, February 17, 2012

..Apa nak pakai during Spring or Winter..

Hiks..aku tertulis kat personal blog pulak. So, ni ada sedikit tips untuk pakaian musim sejuk kat Europe.

Klick Picture Boots ni untuk Tips Attire Musim sejuk.

Nanti kalau ada rezeki..kita share pulak..Tips Clothing during Autumn.. ;)

Monday, January 2, 2012

..Album Paris - Swiss Nov 2011..

Hai, cerita Paris - Italy tak abis di ceritakan lagi. Tunggu Mr.Azril update, dia tersangat lah sibuk. Em, jom layan album gambar Europe November 2011 pulak sementara dia update cite lama..heheheh..

Klick pic ini untuk lagi2 gambar :)

..Happy New Year 2012 untuk semua...

Friday, December 30, 2011

Jalan-jalan di Roma (3)

15 Mac 2011

Hari ni kitorang target nak melawat Vatican je sebab pada pukul 6 petang, kami perlu menaiki train dari Roma Termini ke Pisa (Euro34 for 2 person - Mini fare). Selepas pack bag, kitorang pun naik metro ke stesen Ottaviono San Pietro. Jenuh juga berjalan dari stesen metro baru sampai ke Piazza San Pietro. Cuaca sangat baik (baca: panas) hari ini.

Selepas ambil gambar di Piazza San Pietro, kitorang pun masuk le ke dalam Basilica - ada pemeriksaan dan pakaian pun kena modest (takleh seksi).
Selepas turun metro
Di piazza San Pietro


Takleh seksi
Tengah beratur. Panas, kena buka jaket.
Di dalam Basilica


Tempat pengampunan kot

Dengan pengawal Vatican
Lepas tu, kitorang pun berjalan ke Vatican Museum - jauh gak rasanya sebab kena memusing on the other side of Piazza.Selepas berehat sebentar, kitorang pergi HRC Rome, beli baju dan jalan-jalan dan masuk ke dalam satu museum (covered by Roma Pass).


My other half dah bagi hint nak kasut baru sebab walking shoes yang dibeli di Malaysia dah makan kaki dia (sebab tak gigit kot). So, kitorang gi beli kasut (dapat le kasut Kappa Euro70 kot) dan pergi makan kat area semalam.

Lepas tu, kitorang decide nak tengok Colosseo for the last time. Tapi, masa dalam metro, terjadilah kisah ini. AKU KENA COPEK, tapi malas le nak cerita. Lain kali aku buat entry macam mana nak mengelakkan kena copek.

Jalan-jalan di Roma (2) - pada waktu malam

14 Mac 2011 (petang)
Dah penat berjalan di Colosseo, kitorang naik metro dari Stesen "Colosseo", berhenti di Termini untuk print out night train ticket dari Venice ke Paris (tiket telah dibeli melalui internet 2 bulan sebelumnya pada harga Euro90 untuk 2 orang di dalam cabin berempat). Tiket tersebut boleh dicetak melalui automatic machine di dalam stesen keretapi dengan memasukkan card credit yang sama dan kod tempahan (PNR number).
Selepas tiket telah dicetak, kitorang pergi makan di kawasan berdekatan dengan Termini. Ada banyak kedai halal - kebab dan biriyani le, takkan nasi lemak lak.
Selepas kenyang perut, kitorang balik dan rest selama 2 jam. Stesen Republica adalah 5 min berjalan ke tempat tido kami.
Lebih kurang pukul 6, kitorang pergi ke Spanish Step (station metro: Spagna).
Ambik gambar dan kena pau dengan mamat bangla untuk beli bunga ros dengan harga Euro1. Taktik dia, bagi salam. Cakap "ambil le, free je, for your wife". Then, bila dah ambil, mula le dia minta duit. Nasib baik Euro1 jek, consider murah le.
Lihat le bunga ros di tangan - di tangga sepanyol hasil kerja Francesco de Sanctis pada abad ke 18. Di atas sana ialah Gereja Trinitá dei Monti. Spanish step ini paling baik dilawati pada musim bunga di mana ada banyak bunga-bunga sedang mekar.
Pemandangan dari atas
Di hadapan spanish step. Fountain ini direka oleh bapa Bernini pada akhir abad ke-16 dan dikatakan mempunyai air yang manis (tak rasa le pulak).
Di Piazza Navona. Di katakan runtuhan Stadium of Domitian berada di bawah piazza ini. Di tengah-tengah piazza terdapat Fountain of 4 rivers. Bas di kawasan ini menggunakan tenaga elektrik (eleh..kat Putrajaya pun pakai bas elektrik).
Dan, last destination, nak tengok Colloseo pada waktu malam. Sangat cantik disebabkan oleh effect lampunya. Colosseum ini dibina di dalam masa 8 tahun (AD80-AD72) dan boleh menampung 80,000 orang penonton.