Thursday, October 6, 2011

Perancangan - apa nak buat?

Bila ada telah ada bajet, anda kena pilih ke mana nak pergi, apa nak buat di sana, di mana nak tinggal, bagaimana nak bergerak dan apa nak makan? Semua persoalanan ini dapat dikurangkan dengan perancangan.

1. Tempahan kapal terbang - book masa time murah ke tempat yang anda nak pergi.
2. Jika anda plan nak bergerak menaiki keretapi bila sampai di destinasi pertama ke destinasi seterusnya, book awal juga (normally 3 bulan sebelum bertolak).
3. Sebaik sahaja anda dah tahu nak ke mana, book hotel / hostel / bed & breakfast. Ada banyak website, tapi aku selalu guna booking.com sebab tak perlu bayar dulu. Ada sesetengah website, kita perlu bayar 10% dan selebihnya di hotel. Sebelum book tempat penginapan, pastikan dekat dengan pengangkutan (metro / airport / stesen bas). Kalau tak, jenuh menapak (ini kalau kat europe le). Gunalah google map untuk membantu.
4. Aku juga selalu baca review kat tempat tu. Review orang putih agak tak boleh pakai sebab tujuan diorang mungkin berbeza dengan kita. Aku selalu guna keyword seperti "Kembara eropah atau jalan-jalan di Holland, etc" di dalam google untuk baca review dari orang Malaysia.
5. Selepas dah baca review, baru kita tahu ada apa kat tempat tu. Mula-mula pening juga sebab tak tahu tempat apa. Tapi, lepas baca pelbagai review, baru kita boleh firmkan tempat mana kita nak pergi. Sebagai contoh, kalau pergi Amsterdam, mesti nak pergi naik bot, ambik gambar dengan papan "I love Amsterdam", tengok windmill, pergi Zaanse Schaans, pergi red light district, ops. Lepas tu, baru boleh plan nak pergi bila, berapa lama masa diambil, boleh jalan kaki dari hotel ke perlu naik transport.
6. Lepas dah rancang tempat- tempat nak pergi, baru le boleh plan nak ambik tiket metro / transport per trip atau per day (contoh: Roma pass Euro25 for 3 days + museum dan Paris Visite untuk 1, 3 atau 5 hari).
7. Lepas dah rancang nak pergi mana, boleh check samada boleh beli tiket online ke tak (kalau tiket online sama harga dengan on-the-spot, better beli on the spot). Contoh: Disneyland better beli online, tapi madam tussoud better beli dari kedai-kedai souvenir - lebih murah dan dapat VIP line (at least, di Amsterdam le macam tu).

Aku rasa cukup le takat ni dulu aku membebel. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment