Saturday, October 1, 2011

Bajet kembara

Supaya duit tidak keluar segebuk, bajet travel dibahagi kepada 3 bahagian; sebelum, semasa dan selepas.

Sebelum
1. Tiket kapal terbang - biasanya dibook bila ada offer, mungkin Setahun atau 6 bulan sebelum trip. Jumlahnya berbeza, bergantung destinasi anda. Jika eropah untuk 2 orang: RM4000
2. Tiket keretapi atau kapal terbang di destinasi - Jika anda ingin menggunakan kapal terbang dari satu destinasi ke destinasi lain, anda perlu book sebaik sahaja anda confirm tiket dari Malaysia. Jika anda bercadang menggunakan keretapi, booking hanya dibuka 3 bulan sebelum tarikh perjalanan. Perbezaan harga amat ketara jika anda lewat booking hatta 5 saat sekalipun. Sebagai contoh, aku pernah membeli tiket dari Venice ke Paris hanya euro 90 utk 2 orang (night train- cochette for 4). Harga biasa mungkin RM300. Itulah sebabnya ada orang beranggapan naik kapal terbang lebih murah di europe.
3. Train pass- walaupun harga tidak lebih murah daripada beli di destinasi, jika strategi forex anda mengena, mungkin anda dapat beli lebih murah. Boleh beli daripada www.rail-europe.com dan pilih world (jangan pilih malaysia sebab website akan menjadi www.rail-europe.com.sg di mana anda perlu bayar dalam sing dollar. Having said that. Please do the comparison yourself.
4. Tiket taman tema - harga online lebih murah tapi tiada perbezaan samada beli lama sebelum atau 1 hari sebelum (as long as you can print the tickets).
5. Tukar matawang destinasi lebih awal- hanya jika anda foresee forex akan naik.

Semasa

Semasa perjalanan, anda perlu bajet untuk makanan, hotel, subway/metro/lrt, souvenir.

Di Europe, hotel bajet untuk 2 orang dgn private bathroom lebih kurang euro60-100. Kalau nak murah lagi, ada dorm style mungkin dalam euro25/person (aku tak pernah duduk). Aku guna booking.com dan biasanya aku cari hotel yg dekat dgn train station atau metro.

Untuk makanan halal, boleh cari maklumat dalam zabihah.com. Tapi, biasanya aku bawa travel cooker, beras, maggi dan prepack food. Senang untuk tekak melayu.

Selepas

Bergantung kepada credit card cycle anda, sebahagian kos-kos di atas, boleh dibayar kemudian, terutamanya hotel. Kalau bil kredit kad anda pada 24 hb dan anda perlu bayar pada 13hb. berikutnya, dan jika anda travel pada 25hb, anda ada hampir 1 bulan setengah selepas trip untuk membayar hutang anda.
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

1 comment: