Sunday, October 9, 2011

Makan masa kembara Eropah

Aku cuba search dalam blogs untuk cari makanan apa yang orang malaysia makan bila travel, tapi tak banyak jumpa. Maka, marilah kita berkongsi cerita........



Kebab di Roma
Kebab with fries di Brussel, kot

Some kind of kebab (di Brussel)


Biriyani di Rome
Biriyani di Orlando (a bit dry)
Ambik kau ....ini pun kira kebab juga kot....

Semua makanan di atas boleh didapati di eropah dan us. Kat eropah, agak mudah nak cari makanan halal berselera arab atau pakistan. Kat US, kena cari sikit. Aku selalu guna zabihah.com utk cari restoren halal tapi bukan semua restoren listed. Its easier to ask local muslim (macam kat paris aku tanya pada mamat yg jual keychain kat bawah eiffel tower). Tapi, aku dengar (actually baca), kat swiss susah sikit nak cari kedai halal. In that worse case, terpaksa telan fish fillet Mc Donald le....

Kalau tak, makanlah maggi..

Atau belilah buah-buahan
Strawberry di Rome (euro3 je)

Jika tinggal di hotel atau bed & breakfast, dapat makan roti, croisant, buah-buahan dan pastinya air kopi yang pekat dan hitam...


Breakfast di hostel di Brussel
Breakfast di hotel di Venice, kot

Jika tinggal di apartment, boleh le memasak.
Tengah sukat air nak masak nasi di Apartment di Amsterdam (Euro100/night - a nice 2 room apartment)
Nasi dan lauk sedia dimakan....silakan..

Tapi, aku lebih prefer come in prepared with travel cooker yang aku beli dari Restoren Cina Muslim di seksyen 15 Shah Alam (RM138 - dual voltage).
Travel cooker - boleh buat masak nasi, air, apa saja lah..
Contoh: Boleh masak ni..(tapi be careful kalau bawak meat. Most country tak boleh bawa masuk)
Mesh potato (sebab ringan)
Ready to eat - panas sikit2 jek. In worst case, kalau tengah travel, boleh buka jek dan makan terus.
Yang ini kena masak...

sebagai kudapan semasa in-travel
Small pack RM1 - untuk buat sandwich pre-pack for picnic lunch
Untuk mengalas perut kalau tak sempat lunch
Kudapan lagi...high in fibre

Selain itu, bahan-bahan seperti telor dan roti boleh dibeli disana (murah je). Kalau rajin, kat certain city seperti Paris & Amsterdam, ayam fresh halal pun ada jual, tapi tak rajin le pulak nak masak :).

Thursday, October 6, 2011

Perancangan - apa nak buat?

Bila ada telah ada bajet, anda kena pilih ke mana nak pergi, apa nak buat di sana, di mana nak tinggal, bagaimana nak bergerak dan apa nak makan? Semua persoalanan ini dapat dikurangkan dengan perancangan.

1. Tempahan kapal terbang - book masa time murah ke tempat yang anda nak pergi.
2. Jika anda plan nak bergerak menaiki keretapi bila sampai di destinasi pertama ke destinasi seterusnya, book awal juga (normally 3 bulan sebelum bertolak).
3. Sebaik sahaja anda dah tahu nak ke mana, book hotel / hostel / bed & breakfast. Ada banyak website, tapi aku selalu guna booking.com sebab tak perlu bayar dulu. Ada sesetengah website, kita perlu bayar 10% dan selebihnya di hotel. Sebelum book tempat penginapan, pastikan dekat dengan pengangkutan (metro / airport / stesen bas). Kalau tak, jenuh menapak (ini kalau kat europe le). Gunalah google map untuk membantu.
4. Aku juga selalu baca review kat tempat tu. Review orang putih agak tak boleh pakai sebab tujuan diorang mungkin berbeza dengan kita. Aku selalu guna keyword seperti "Kembara eropah atau jalan-jalan di Holland, etc" di dalam google untuk baca review dari orang Malaysia.
5. Selepas dah baca review, baru kita tahu ada apa kat tempat tu. Mula-mula pening juga sebab tak tahu tempat apa. Tapi, lepas baca pelbagai review, baru kita boleh firmkan tempat mana kita nak pergi. Sebagai contoh, kalau pergi Amsterdam, mesti nak pergi naik bot, ambik gambar dengan papan "I love Amsterdam", tengok windmill, pergi Zaanse Schaans, pergi red light district, ops. Lepas tu, baru boleh plan nak pergi bila, berapa lama masa diambil, boleh jalan kaki dari hotel ke perlu naik transport.
6. Lepas dah rancang tempat- tempat nak pergi, baru le boleh plan nak ambik tiket metro / transport per trip atau per day (contoh: Roma pass Euro25 for 3 days + museum dan Paris Visite untuk 1, 3 atau 5 hari).
7. Lepas dah rancang nak pergi mana, boleh check samada boleh beli tiket online ke tak (kalau tiket online sama harga dengan on-the-spot, better beli on the spot). Contoh: Disneyland better beli online, tapi madam tussoud better beli dari kedai-kedai souvenir - lebih murah dan dapat VIP line (at least, di Amsterdam le macam tu).

Aku rasa cukup le takat ni dulu aku membebel. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, October 2, 2011

Jalan-jalan di Roma

14 Mac 2011
Breakfast bar
Breakfast kamiDi hadapan entrance hotel - pintu kedua

Hari untuk berjalan-jalan di Roma. Selepas breakfast, kami berjalan kaki untuk melihat destinasi berikut: Trevis Fountain, Basilica de Santa Maria, Piazza Venezia, Coleseum (Colosseo), dan Imperial Forum.
Trevis Fountain
Photo at Santa Maria Basalica
Satu mercutanda yang terkenal juga (ada dalam film "Eat Pray Love" lakonan Julia Robert).

Di pasar ini, kami beli Strawberry (satu pack Euro3 jek)


Di sekitar Piazza Venezia. Lihat, ada orang yang memakai pakaian Roman - untuk meng'pau' orang le tu....kalau kita bergambar, sekurang-kurangnya Euro10 (what I heard, laa)
Ruin besides Piazza Venezia


Bergambar sebelum masuk Coloseo (guna Roma pass, otherwise around Euro12, kot)

Dulu, sepatutnya ada pelantar untuk pelawanan. Di bahagian bawah (yg kita nampak sekarang) ialah tempat simpan binatang.Gambar di dalam Coloseo.
Ingatkan ini jalan masuk ke Imperial Forum. Tapi ini jalan keluar. Kena terus lagi....

Baca peta dulu....its good to have tourist guide...sebab tempat ni gila besar...
Boleh minum, kot...
Macam maze jek...
Inside little museum up there...

Dah pukul 3 petang. So, kitorang balik hotel dulu berehat. Lenguh lutut, mungkin dah berjalan sejauh lebih 5km. So, untuk menjimatkan masa, kitorang naik metro....











Terbang dari Paris ke Roma

13 Mac 2011

Pukul 7.45 am, wife aku mendarat di Paris Orly Airport. Kemudian, kitorang kembali semula ke Ibis Hotel. Wife aku mandi sementara aku menyediakan breakfast ringkas - nasi + sambal ikan bilis (ala-ala nasi lemak le ni).

Flight EasyJet dari Paris ke Roma akan berlepas pukul 12.25 pm. So, untuk mengelakkan terlewat, kitorang check out hotel pukul 10 am dan berlepas ke Airport. Di sana, jumpa beberapa group dari Malaysia yang nak ke Roma juga, mungkin naik penerbangan Air Asia yang sama dengan wife aku.

Dalam flight, kitorang beli sedikit lunch (air, corn in cup, etc). Kitorang sampai di Roma Ciampino Airport pukul 2.30 pm. Aku pergi beli Roma Pass (Euro25/per person) yang memberi kemudahan untuk transportation percuma selama 3 hari dan entrance fee percuma untuk 2 tempat bersejarah / muzium.

Kemudian, kitorang naik bus dari Airport ke Anagnina Metro (Euro1.20/person) dan menggunakan Metro (free dengan Roma Pass) ke Metro Republica yang berdekatan dengan hotel kami, Notti A Roma (Night at Rome). :)

Berdasarkan google map, kitorang berjalan dalam hujan mencari hotel tersebut. Jenuh juga sebab seperti kebanyakan hotel bajet, reception di tingkat atas dan kena bunyikan loceng. Daripada luar, nampak macam office jek.

Lepas register, orang hotel bawa kami ke entrance lain, tunjukkan bilik, dan beritahu jangan buang toilet paper dalam toilet, etc. Sempat juga, kami minta map dan arah perjalanan. Bilik kami ada 2 katil - satu katil kelamin dan satu single. Bangunan ni merupakan bangunan lama dan ceiling kami merupakan kayu keras.

Di sebabkan keletihan, kami pun tidur.....sampai le keesokkan harinya. Opss...Untuk pengetahuan, hotel ni berharga Euro80/night + Euro2/person/night (cukai bandar). So, untuk 2 hari kami di sini, Euro168.