12 March 2011
Selepas breakfast, aku bertolak keluar dari Hotel Best Western, Roterdam, meninggalkan Taufik dan wifenya. Mereka akan kembali ke Amsterdam manakala aku akan ke Paris menerusi Antwerp.
Setelah agak tersesat semalam, aku telah bertanya kepada receptionist hotel cara paling mudah ke Rottermdam Central. Dekat jek, dalam 10 minit berjalan kaki. Semalam, kitorang ikut jalan jauh.
Sampai di Rotterdam Central, aku cari tempat jual tiket (takleh beli kat mesin sebab intercountry: Rotterdam di Netherland manakala Antwerp di Belgium). Harga tiket dari Rotterdam ke Antwerp Euro21.90 termasuk booking fee Euro2.50. So, aku rasa better beli kat internet dan guna printout sebagai ticket (tips for next time leee).
By the way, aku dah beli ticket dari Antwerp ke Paris semasa aku tiba kat Amsterdam Airport hari tu. Harganya Euro83 (kalau aku fikir-fikirkan balik, mahal gila - sebab tu kena beli awal through internet 3 month in advance).
Dalam train ini, aku berjumpa 2 orang student Indonesia yang sedang dalam perjalanan ke Antwerp juga. So, aku pun join diorang le masa tour antwerp selama 2 jam tu.
Aku lunch kat area dekat-dekat train station. Ada banyak muslim food. Gambar dalam camera hp, kena cari dulu :) Euro5.5 for lunch dah kenyang dah....
Selain itu, ada china town 2 min dari train station.
No comments:
Post a Comment