Tuesday, September 13, 2011

Perjalanan antwerp ke Paris Orly Airport

Dari Antwerp, aku naik train ke Paris Gare de Nord. Ada sekali ke berhenti tanpa tukar train di Brussel. Lupa nak cerita, masa tengah tunggu train kat Antwerp, aku kema pau dengan mamat putih euro 2. Dia kata dia nak balik Scotland, tapi tak cukup duit. Aku tak tahi le betul ke omong.

Masa train nak sampai Paris, wife call cakap air asia tak bagi dia boarding sebab tiket balik MAS tak clearly indicate tarikh balik. Nasib baik dia boleh buka gmail drp handphone dan tunjukkan proof. (tips: jika perjalanan balik menggunakan tiket berasingan, pastikan print outs have all details).
Sampai di Gare de Nord, aku beli tiket ke Paris Orly Airport sebab hotel aku dalam 200m dr airport. Aku naik rer ke anthony station dan naik Orlyval ke airport. Kos kalau tak silap around euro10.
Sampai ke airport, aku naik free shuttle ke hotel.
Hotel Ibis at Orly Airport-euro69 semalam

Gambar dlm bilik
Shuttle bus- free je
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, September 6, 2011

3 jam di Antwerpen (English: Antwerp)



12 March 2011

Selepas breakfast, aku bertolak keluar dari Hotel Best Western, Roterdam, meninggalkan Taufik dan wifenya. Mereka akan kembali ke Amsterdam manakala aku akan ke Paris menerusi Antwerp.

Setelah agak tersesat semalam, aku telah bertanya kepada receptionist hotel cara paling mudah ke Rottermdam Central. Dekat jek, dalam 10 minit berjalan kaki. Semalam, kitorang ikut jalan jauh.

Sampai di Rotterdam Central, aku cari tempat jual tiket (takleh beli kat mesin sebab intercountry: Rotterdam di Netherland manakala Antwerp di Belgium). Harga tiket dari Rotterdam ke Antwerp Euro21.90 termasuk booking fee Euro2.50. So, aku rasa better beli kat internet dan guna printout sebagai ticket (tips for next time leee).

By the way, aku dah beli ticket dari Antwerp ke Paris semasa aku tiba kat Amsterdam Airport hari tu. Harganya Euro83 (kalau aku fikir-fikirkan balik, mahal gila - sebab tu kena beli awal through internet 3 month in advance).

Dalam train ini, aku berjumpa 2 orang student Indonesia yang sedang dalam perjalanan ke Antwerp juga. So, aku pun join diorang le masa tour antwerp selama 2 jam tu.

Stesen keretapi Antwerpen Centraal - a piece of art by itself

Di sebelah kanan stesen, ada zoo. Harga ticket Euro17.
Antwerp terkenal dengan Diamond. So, sapa2 nak beli Diamond, sila le datang sini (Amsterdam pun pusat Diamond juga)
Pintu sebelah kiri
Aku naik bas ni le. Dapat student rate sebab ikut student Euro11. Normal price: Euro12. Bas ni sejam sekali jek. Aku suspect, ada sebijik bas ni je di Antwerp ni.
Di kubu di tepi sungai
One of the town attraction (town hall kalau tak silap)
Kat sini banyak Jews
Ini le locker tempat aku simpan beg. Agak murah kat sini Euro3 jek.
Gambar dalam train station

Aku lunch kat area dekat-dekat train station. Ada banyak muslim food. Gambar dalam camera hp, kena cari dulu :) Euro5.5 for lunch dah kenyang dah....

Selain itu, ada china town 2 min dari train station.